Blogger Backgrounds

Thursday, May 5, 2011

Dunia....

Bencana melanda,
molekul radiolaknat di udara.
ahli politik pula sibuk memfitnah,
sambil menjaja video lucah.
rakyat nganga geleng kepala.
tanda iyakan saja.
anak pukul bapa,
bapa rogol anak.
anak tinggal ibu,
ibu bunuh anak,
dunia sudah gila.
artis cerai berai begitu bodoh,
kononnya tiada jodoh.
anak muda kita pula masih t'kandas,
rakam video seks dalam tandas
nun disana palestin masih tertindas.
bom isreal diludah,
dan nyawa melayang begitu mudah.
mana perginya nilai agama?
bila kafir tak guna mempermainkan nabi kita.
celaka.
dan kita pula terus nganga,
tak lekang dari leka.

No comments: